Perisian GNU GNU

Rencana utama: Senarai pakej GNU

Komponen-komponen sistem GNU yang utama termasuk Koleksi Pengkompil GNU (GCC), Pustaka C GNU (glibc), penyunting teks Emacs GNU, dan atas meja grafik GNOME.

Kebanyakan atur cara GNU telah diportkan kepada sistem-sistem pengendalian yang lain dan kerapnya dipasang dalam sistem-sistem UNIX proprietari untuk menggantikan utiliti-utiliti proprietari. Aturcara-aturcara GNU telah ditunjukkan dalam kes-kes yang dipertikaikan sebagai lebih boleh diharap berbanding atur cara UNIX proprietari yang serupa .

Reputasi alat-alat pembangunan perisian GNU adalah amat baik di kalangan pengguna Linux; secara koleksi, ia digelarkan sebagai set alatan GNU. Merupakan cuma sebahagian kecil daripada seluruh sistem GNU, versi-versi GNU tidak serasi dengan POSIX. Dengan kepopularan sistem-sistem GNU/Linux, ramai pembangun telah memasangkan set alatan GNU dalam sistem-sistem lain untuk keserasian ataupun untuk mencapai sifat kesamaan melintasi pelantar. Banyak atur cara GNU telah diportkan kepada Microsoft Windows, Mac OS X, dan pelbagai pelantar proprietari. Bagaimanapun, ini sering merupakan topik yang hangat di kalangan peminat kerana tujuan untuk membangunkan aturcara-aturcara adalah untuk menggantikan sistem itu dengan perisian bebas, bukannya untuk mempertingkatkannya.

Senarai pakej yang terkenal dalam komuniti persisian bebas termasuk:

Projek GNU juga mengedarkan dan memberi bantuan untuk pembangunan pakej-pakej lain yang berasal dari tempat yang lain, umpamanya:

  • DDD – bahagian depan grafik untuk penyahpepijat
  • eCos – sistem pengendalian kecil untuk peranti-peranti tersirat
  • CVS – kawalan kod sumber

Sejak Januari 2005, terdapatnya sejumlah 288 pakej GNU yang dihoskan dalam tapak pengehosan GNU . Yang lain dihoskan di tempat yang lain.